Blogger Templates

Thursday, 15 December 2011

iPhone 4S dilancarkan...




Tepat 16/12/2011, iPhone 4S akan dilancarkan di Malaysia, bagi peminat iPhone saat ini amatlah dinantikan untuk merebut peluang menjadi orang yang terawal menggunakan gajet yang terhebat setakat ini, iaitu iPhone 4s yang dikeluarkan oleh Apple.Inc.

Di Malaysia, Apple telah menetapkan harga iPhone 4s iaitu 16Gb RM2290, 32GB RM2590 dan 64GRM2890. Jadi peminat iPhone pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya di Celcom di La Bodega, Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur.



Kegilaan terhadap gajet ini telah berjaya mengubah gaya hidup masyarakat di Malaysia apabila rata-rata penduduknya telah mengalami proses globalisasi teknologi, dimana orang yang tidak menggunakan gajet berteknologi akan dipandang serong manakala orang yang berjaya memilikinya akan dianggap hebat. 

Perubahan globalisasi ini telah menyebabkan manusia lebih mementingkan kebendaan dan materialistik dari segi teknologi berbanding membantu insan-insan yang memerlukan dan kesusahan. Globalisasi teknologi juga dianggap telah mengancam dan membunuh kehidupan bersosial manusia kerana manusia tidak lagi akan bertegur sapa di alam nyata tetapi akan lebih menghabiskan masa untuk berkawan di alam maya.    



Proses globalisasi ini telah menyebabkan ada segelintir manusia lebih suka hidup bersendirian, sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi bila berhadapan dengan kehidupan sebenar @ realiti. Teknologi ini juga akan mengancam institusi kekeluargaan kerana anak-anak tidak lagi berkongsi masalah mereka dengan keluarga, sebaliknya meluahkannya di blog, facebook  sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga. 

Jadi seeloknya, manusia berfikir sejauhmana teknologi diperlukan dalam kehidupan seharian. jika ia tidak memudaratkan kesejahteraan negara, keluarga dan diri sendiri, ia tidak akan membawa masalah, teruskanlah mengikut peredaran zaman. 

p/s: teringin juga nak guna iPhone 4s, tetapi rasanya HTC pun sudah memadai, yang penting dapat call dan sms orang tersayang.

5 comments:

  1. nak yang ni :( features hp ni sgt bez. uhukkk.

    ReplyDelete
  2. shafila, kumpul duit dlu, InsyaALLAH, dpat

    ReplyDelete
  3. perubahan globalisasi sememangnya dapat mengubah gaya hidup masyarakat...di samping memberi kemudahan ia juga membawa keburukan...namun, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan kearah kebaikan mahupun keburukan....:)

    -kite pun tringin nak pakai yang nie..hehhehhee

    ReplyDelete
  4. sharmaizura mohmmad jari, gunakan teknologi ke arah kebaikan,manfaatkan teknologi yg baru untuk pembangunan negara, bukannya berniat untuk menghancurkan negara

    dh teringin, apa lagi sila angkat satu..hihihi

    ReplyDelete
  5. betul tue FATHANATUL AIN....huhu

    ReplyDelete