Blogger Templates

Monday 9 January 2012

Globalisasi Dan Impak (Negara Asia)

Globalisasi Dan Impak (Negara Arab)

Menekankan  pandangan dan perspektif penduduk di Negara
  • Afrika
  • Arab
  • Asia
  • Amerika Latin &m Caribbean
  • Antara Negara Eropah & Asia Tengah
  • Eropah Barat & Amerika Selatan
Pandangan & Perspektif  di Arab:


Sumber gambar : Google

Di Arab, persepsi globalisasi dibayangi oleh perang dan konflik dalaman yang tiada penghujung diantara Arab-Israel. Selain itu, globalisasi juga dipengaruhi oleh corak pemerintahan dan hubungan dengan negara lain dan negara Arab juga kaya dengan hasil minyak. Penduduk di Arab juga takut dengan globalisasi kerana ia akan memberi kesan kepada budaya dan identiti tempatan masyarakat.


Sumber gambar : Google

Kekayaan hasil minyak yang diperolehi digunakan untuk membiayai projek-projek infrastruktur dan digunakan untuk pembangunan awam dan swasta. Walaubagaimanapun, kerana terlalu bergantung kepada hasil minyak, produktiviti dalam bidang pertanian telah mengalami pengurangan hasil kerana sumber minyak sudah mencukupi untuk pembangunan negara. Isu minyak di Arab juga telah mencetuskan campur tangan politik dari negara luar yang ingin menguasai kepentingan bersama.

Sumber gambar : Google

Isu minyak ini juga telah menyebabkan negara-negara barat merasakan semakin ditinggalkan oleh negara Arab, Hal ini bermakna negara arab tidak perlu lagi bergantung kepada negara barat untuk memperolehi keuntungan negara kerana negara Arab sendiri boleh bergerak sendiri tanpa bantuan dari negara lain.


Peta Negara Arab 

Sumber gambar : Google

Globalisasi Dan Impak

Bahagian ke-2 dalam buku  'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All"  iaitu Globalisasi dan Impak.


Kewujudan teknologi baru, dasar negara lebih terbuka hingga tiada sempadan antara negara, hubungan perdagangan yang meluas. Jika diuruskan dengan baik, kekayaan negara dapat ditingkatkan, tetapi adakah semua penduduk menikmati faedahnya. 


Terbahagi kepada 2 topik dalam Globalisasi dan Impak

1.Menekankan  pandangan dan perspektif penduduk di Negara
  • Afrika
  • Arab
  • Asia
2. Ciri-ciri Utama Globalisasi

Pandangan & Perspektif Penduduk Afrika :


Sumber gambar : Google

Seperti yang diketahui  Afrika telah ketinggalan  berbanding dengan negara lain dalam proses globalisasi . Ramai pihak menyalahkan penduduk Afrika yang tidak menerima globalisasi kerana masalah ketidakstabilan negara.  Impak ekonomi di Afrika seperti "unequal combat which would lead to certain death" menurut sesetengah peniaga di Afrika. Penduduk juga menggesa dan mendesak kerajaan meningkatkan taraf ekonomi negara kepada negara membangun dalam proses globalisasi daripada menjadi negara pengemis dengan meminta bantuan daripada negara. 

Sumber gambar : Google

Penduduk Afrika  juga berpendapat globalisasi dapat membimbing penduduk untuk hidup berdemokrasi, mendapat peluang pendidikan dan peluang pekerjaan. Tetapi ramai pihak tidak percaya kemampuan penduduk Afrika untuk bersaing dalam proses globalisasi dan arus kemodenan. 

  
Sumber gambar : Google

Agenda utama yang dibincangkan di Afrika adalah isu HIV/AIDS. kemiskinan dan migrasi. Isu HIV/AIDS  memerlukan perntukan kos yang tinggi untuk membendung gejala ini dan penyakit menular yang lain . Manakala isu migrasi, melibatkan kekurangan pengeluaran buruh yang mahir. Kedua-dua isu ini sudah membanjiri dan membimbangkan dalam kalangan penduduk di Afrika. 


Sumber gambar : Google

Walaubagaimanapun, penduduk Afrika merasa mereka sangat bertanggungjawab terhadap isu berkenaan. Mereka berpendapat kemiskinan negara menjadi punca isu berkenaan tidak dapat diselesaikan dan berharap kerajaan Afrika  mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan kemajuan ekonomi tetapi kemunduran infrastruktur dan kepincangan politik telah mengagalkan penyelesaian isu berkenaan. 

Penduduk juga mengatakan “African solutions for African problems” adalah penyelesaian yang terbaik. Begitu juga dengan sokongan dan bantuan dari negara lain dapat membantu Afrika mengharungi proses globalisasi. 

Sumber gambar : Google

Thursday 15 December 2011

iPhone 4S dilancarkan...




Tepat 16/12/2011, iPhone 4S akan dilancarkan di Malaysia, bagi peminat iPhone saat ini amatlah dinantikan untuk merebut peluang menjadi orang yang terawal menggunakan gajet yang terhebat setakat ini, iaitu iPhone 4s yang dikeluarkan oleh Apple.Inc.

Di Malaysia, Apple telah menetapkan harga iPhone 4s iaitu 16Gb RM2290, 32GB RM2590 dan 64GRM2890. Jadi peminat iPhone pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya di Celcom di La Bodega, Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur.



Kegilaan terhadap gajet ini telah berjaya mengubah gaya hidup masyarakat di Malaysia apabila rata-rata penduduknya telah mengalami proses globalisasi teknologi, dimana orang yang tidak menggunakan gajet berteknologi akan dipandang serong manakala orang yang berjaya memilikinya akan dianggap hebat. 

Perubahan globalisasi ini telah menyebabkan manusia lebih mementingkan kebendaan dan materialistik dari segi teknologi berbanding membantu insan-insan yang memerlukan dan kesusahan. Globalisasi teknologi juga dianggap telah mengancam dan membunuh kehidupan bersosial manusia kerana manusia tidak lagi akan bertegur sapa di alam nyata tetapi akan lebih menghabiskan masa untuk berkawan di alam maya.    



Proses globalisasi ini telah menyebabkan ada segelintir manusia lebih suka hidup bersendirian, sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi bila berhadapan dengan kehidupan sebenar @ realiti. Teknologi ini juga akan mengancam institusi kekeluargaan kerana anak-anak tidak lagi berkongsi masalah mereka dengan keluarga, sebaliknya meluahkannya di blog, facebook  sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga. 

Jadi seeloknya, manusia berfikir sejauhmana teknologi diperlukan dalam kehidupan seharian. jika ia tidak memudaratkan kesejahteraan negara, keluarga dan diri sendiri, ia tidak akan membawa masalah, teruskanlah mengikut peredaran zaman. 

p/s: teringin juga nak guna iPhone 4s, tetapi rasanya HTC pun sudah memadai, yang penting dapat call dan sms orang tersayang.

Tuesday 13 December 2011

Video Globalisasi

Sustainable Development 


People First





Menurut buku 'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All", proses perubahan visi globalisasi yang utama  ialah mengutamakan penduduk @ orang dimana dengan menghormati maruah dan memberi nilai yang sama kepada setiap orang. Proses ini mestilah lebih inklusif dengan keadilan dan membawa manfaat @ peluang kepada orang ramai dan negara. Proses perubahan visi globalisasi yang dicadangkan dalam buku ini, menekankan dimensi globalisasi dengan mengekalkan nilai-nilai murni & kesejahteraan rakyat dari segi kebebasan, kemakmuran, & keselamatan. Ia juga melibatkan kesaksamaan terhadap golongan lelaki & wanita dalam memperuntukkan peluang pekerjaan, keperluan asas spt air, kesihatan, pendidikan,tempat tinggal, dan persekitaran yang sama. 


Keperluan dalam membentuk dimensi sosial : 

Sumber gambar : Google
  • nilai-nilai sejagat perlu dikongsi bersama, di mana semua rakyat, negeri, organisasi antarabangsa, perniagaan, buruh, sivil,masyarakat dan media bertanggungjawab atas tindakan masing-masing berdasarkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia. 
Sumber gambar : Google
  • satu komitmen antarabangsa  spt  Universal Declaration of Human Rights diperkasakan untuk memastikan segala bahan  asas dan keperluan lain diberikan kepada semua orang secara adil
Sumber gambar : Google
  • untuk memastikan semua rakyat merasai pembangunan yang sama, peluang yang sama rata harus diberikan spt peluang  pekerjaan, kesaksamaan gender, mengurangkan jurang ekonomi di antara negara dan rakyat.
Sumber gambar : Google
  • mewujudkan tadbir urus yang lebih demokratik untuk membolehkan semua penyertaan dilakukan secara saksama.

p/s : hormat-menghormati amalan kita. Respect People  For Who They Are 








Monday 12 December 2011

Perubahan Wawasan


Globalisasi perlu dilakukan secara berperingkat, ia tidak boleh berlaku secara mendadak kerana ia boleh membawa pengaruh dan kesan yang amat besar kepada negara dan penduduk.  jadi sebab itu, di dalam buku  'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All", telah menerangkan mengenai perubahan yang perlu dilakukan bergantung kepada keadaan politik, undang-undang dan institusi atau negara, penduduk dan proses semasa globalisasi. 

Sumber gambar : Google

Semasa terjadinya perubahan wawasan, prosesnya perlu adil terhadap kaum lelaki dan wanita dalam menentukan peluang dan kebolehan untuk meneruskan hidup mereka dalam era globalisasi. Selain itu, mencari proses perubahan wawasan perlulah berdasarkan nilai-nilai universal, menghormati hak asasi manusia & maruah individu, demokrasi yang adil kepada negara & rakyat.

Tetapi, ada juga yang terlepas pandang semasa terjadinya proses perubahan wawasan seperti 

Sumber gambar : Google
  • Ketidakseimbangan ekonomi dan masyarakat -
    • jurang semakin meningkat dalam ekonomi global & tidak formal dalam kalangan masyarakat.
    • manfaat globalisasi tidak diagihkan secara sama rata tidak kira dalam negara atau di negara   lain. 
    • jurang diantara negara miskin dan kaya diperluaskan.
    • negara maju bebas dalam menentukan dasar ekonomi & modal, manakala negara-negara membangun dikekang oleh permintaan daripada negara maju. 
    • keadah& syarat  perdagangan lebih memihak kepada yang  kaya & berkuasa sehingga bebas menindas golongan lemah & miskin, sama ada negara, syarikat atau komuniti.  
  • Ketidakseimbangan di antara ekonomi melemahkan kebertanggungjawaban demokrasi negara.
    • negara kaya semakin berkuasa & negara miskin terus ditindas.
    • negara kaya menguasai pasaran ekonomi & perdagangan manakala negara miskin dikerah menyediakan buruh @ pekerja.

Sumber gambar : Google

Di setiap negara, kebanyakan penduduk menerima proses globalisasi tetapi cuba sedaya upaya untuk mencari perubahan dengan bertukar-tukar pengetahuan & idea serta memberi hak yang sama rata terhadap lelaki dan wanita. Mereka meminta kehidupan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian & memastikan kehidupan serta masa depan anak-anak mereka terjamin. Jadi potensi globalisasi harus dimanfaatkan & digunakan untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.

Sumber gambar : Google

p/s : ada yang menerima perubahan globalisasi, ada yang mengambil sedikit sebanyak, & ada yang tidak mahu berubah langsung. Jadi, di Malaysia, penduduknya berada di kelompok yang mana?.