Bahagian ke-2 dalam buku 'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All" iaitu Globalisasi dan Impak.
Kewujudan teknologi baru, dasar negara lebih terbuka hingga tiada sempadan antara negara, hubungan perdagangan yang meluas. Jika diuruskan dengan baik, kekayaan negara dapat ditingkatkan, tetapi adakah semua penduduk menikmati faedahnya.
Terbahagi kepada 2 topik dalam Globalisasi dan Impak
1.Menekankan pandangan dan perspektif penduduk di Negara
- Afrika
- Arab
- Asia
2. Ciri-ciri Utama Globalisasi
Seperti yang diketahui Afrika telah ketinggalan berbanding dengan negara lain dalam proses globalisasi . Ramai pihak menyalahkan penduduk Afrika yang tidak menerima globalisasi kerana masalah ketidakstabilan negara. Impak ekonomi di Afrika seperti "unequal combat which would lead to certain death" menurut sesetengah peniaga di Afrika. Penduduk juga menggesa dan mendesak kerajaan meningkatkan taraf ekonomi negara kepada negara membangun dalam proses globalisasi daripada menjadi negara pengemis dengan meminta bantuan daripada negara.
Penduduk Afrika juga berpendapat globalisasi dapat membimbing penduduk untuk hidup berdemokrasi, mendapat peluang pendidikan dan peluang pekerjaan. Tetapi ramai pihak tidak percaya kemampuan penduduk Afrika untuk bersaing dalam proses globalisasi dan arus kemodenan.
Sumber gambar : Google
Agenda utama yang dibincangkan di Afrika adalah isu HIV/AIDS. kemiskinan dan migrasi. Isu HIV/AIDS memerlukan perntukan kos yang tinggi untuk membendung gejala ini dan penyakit menular yang lain . Manakala isu migrasi, melibatkan kekurangan pengeluaran buruh yang mahir. Kedua-dua isu ini sudah membanjiri dan membimbangkan dalam kalangan penduduk di Afrika.
Sumber gambar : Google
Walaubagaimanapun, penduduk Afrika merasa mereka sangat bertanggungjawab terhadap isu berkenaan. Mereka berpendapat kemiskinan negara menjadi punca isu berkenaan tidak dapat diselesaikan dan berharap kerajaan Afrika mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan kemajuan ekonomi tetapi kemunduran infrastruktur dan kepincangan politik telah mengagalkan penyelesaian isu berkenaan.
Penduduk juga mengatakan “African solutions for African problems” adalah penyelesaian yang terbaik. Begitu juga dengan sokongan dan bantuan dari negara lain dapat membantu Afrika mengharungi proses globalisasi.
Sumber gambar : Google
No comments:
Post a Comment