Globalisasi perlu dilakukan secara berperingkat, ia tidak boleh berlaku secara mendadak kerana ia boleh membawa pengaruh dan kesan yang amat besar kepada negara dan penduduk. jadi sebab itu, di dalam buku 'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All", telah menerangkan mengenai perubahan yang perlu dilakukan bergantung kepada keadaan politik, undang-undang dan institusi atau negara, penduduk dan proses semasa globalisasi.
Sumber gambar : Google
Tetapi, ada juga yang terlepas pandang semasa terjadinya proses perubahan wawasan seperti
Sumber gambar : Google
- Ketidakseimbangan ekonomi dan masyarakat -
- jurang semakin meningkat dalam ekonomi global & tidak formal dalam kalangan masyarakat.
- manfaat globalisasi tidak diagihkan secara sama rata tidak kira dalam negara atau di negara lain.
- jurang diantara negara miskin dan kaya diperluaskan.
- negara maju bebas dalam menentukan dasar ekonomi & modal, manakala negara-negara membangun dikekang oleh permintaan daripada negara maju.
- keadah& syarat perdagangan lebih memihak kepada yang kaya & berkuasa sehingga bebas menindas golongan lemah & miskin, sama ada negara, syarikat atau komuniti.
- Ketidakseimbangan di antara ekonomi melemahkan kebertanggungjawaban demokrasi negara.
- negara kaya semakin berkuasa & negara miskin terus ditindas.
- negara kaya menguasai pasaran ekonomi & perdagangan manakala negara miskin dikerah menyediakan buruh @ pekerja.
Sumber gambar : Google
Di setiap negara, kebanyakan penduduk menerima proses globalisasi tetapi cuba sedaya upaya untuk mencari perubahan dengan bertukar-tukar pengetahuan & idea serta memberi hak yang sama rata terhadap lelaki dan wanita. Mereka meminta kehidupan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian & memastikan kehidupan serta masa depan anak-anak mereka terjamin. Jadi potensi globalisasi harus dimanfaatkan & digunakan untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.
Sumber gambar : Google
p/s : ada yang menerima perubahan globalisasi, ada yang mengambil sedikit sebanyak, & ada yang tidak mahu berubah langsung. Jadi, di Malaysia, penduduknya berada di kelompok yang mana?.
No comments:
Post a Comment