41,278 PATI Keluar Dari Malaysia
(kelegaan @ kerugian)
Kuala Lumpur : seramai 41,278 PATI yang terlibat dalam Proses Pemutihan di bawah pelaksanaan Program Penyelesaian Pendatang Tanpa Izin (PATI) telah dihantar pulang ke negara asal mereka. Bilangan PATI yang paling ramai keluar adalah dari negara Indonesia.
NEGARA (PATI) | BILANGAN(ORANG) |
INDONESIA | 26,115 |
INDIA | 3,456 |
MYANMAR | 2,008 |
KEMBOJA | 1,361 |
NEPAL | 2,140 |
BANGLADESH | 1691 |
VIETNAM | 1199 |
FILIPINA | 963 |
SRI LANKA | 687 |
PAKISTAN | 901 |
CHINA | 432 |
LAIN-LAIN | 325 |
JUMLAH | 41,278 |
sumber : mynewshub.my
PENGANGKUTAN | BILANGAN (ORANG) |
UDARA | 33,130 |
LAUT | 8,045 |
LALUAN DARAT | 103 |
JUMLAH | 41,278 |
sumber : mynewshub.my
Sumber gambar : Google
kepulangan PATI ini mungkin memberikan kelegaan kepada Malaysia khususnya rakyatnya, kerana kebanjiran PATI ini telah banyak mendatangkan masalah sosial, jenayah, persekitaran, alam sekitar dan kekurangan pekerjaan untuk rakyat tempatan. TETAPI, kepulangan PATI ini juga memberikan kerugian kepada Kerajaan kerana sektor utama-utama spt Perindustrian (operator kilang) & Pembinaan (buruh) & Perkhidmatan (pembantu rumah) amat memerlukan tenaga buruh asing yang ramai dan bayaran upah yang rendah berbanding menggunakan upah tenaga buruh tempatan.
Jadi Kerajaan harus mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan isu PATI ini agar tidak membawa masalah kepada negara dan rakyat. kerajaan juga harus menaikkan kadar upah tenaga buruh tempatan untuk menarik minat mereka mengisi kekosongan kerja yang ditinggalkan oleh PATI.
p/s : jangan menghina orang yang bergaji rendah, kerana berkemungkinan orang yang bergaji tinggi, terpaksa menjadi hamba & kuli kerana kekurangan tenaga buruh dalam memajukan negara.
No comments:
Post a Comment