Blogger Templates

Tuesday 11 October 2011

Baik @ Buruk



kesan Globalisasi, fikir-fikirkanlah adakah ia baik atau buruk. 
Keep Watching This  =D

Perubahan Globalisasi


adakah anda sudah bersedia?

Perubahan Globalisasi telah mengubah dan mempengaruhi seluruh kehidupan peribadi serta aktiviti asas manusia di serata dunia, termasuklah Malaysia. Tetapi adakah Gobalisasi memudahkan segala urusan harian atau semakin merumitkan keadaan manusia itu sendiri *terpulang kepada individu untuk menilai*.
Gambar  disertakan untuk memudahkan pemahaman apakah itu Globalisasi  yang telah berjaya menjajah kehidupan manusia.


tradisional - moden


*cintalah Negara Malaysia*


*Belilah kereta buatan Malaysia*



*belilah barangan buatan Malaysia*


*bahasa jiwa bangsa*


*transformasi dunia tanpa sempadan*

Globalisasi yang pesat dapat menggalakkan pembangunan & pertumbuhan negara kerana segala hal yang berkaitan dengan urusan dan kemajuan negara luar dapat dikongsi bersama. Di samping itu, globalisasi juga dapat menyebarkan maklumat &  idea dengan pantas tanpa perlu keluar  negara  terbabit untuk menyatakan pendapat. =D. Masih banyak lagi perubahan globalisasi yang berlaku dalam kehidupan manusia, tapi proses di atas adalah sebahagian sahaja. 

p/s : adakah anda rasa, diri anda telah mengalami Globalisasi ? 

Wednesday 5 October 2011

globalisasi?




1 proses di mana dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Dunia tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini menyebabkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

maksud globalisasi di atas ini mungkin sukar untuk difahami....tapi saya akan selitkan cara yang mudah untuk memahami maksud globalisasi ini.... =D (tunggu part [Perubahan Globalisasi])





*glob yang berputar-putar, pilihlah negara mana yang anda mahu duduki*