Blogger Templates

Thursday 15 December 2011

iPhone 4S dilancarkan...




Tepat 16/12/2011, iPhone 4S akan dilancarkan di Malaysia, bagi peminat iPhone saat ini amatlah dinantikan untuk merebut peluang menjadi orang yang terawal menggunakan gajet yang terhebat setakat ini, iaitu iPhone 4s yang dikeluarkan oleh Apple.Inc.

Di Malaysia, Apple telah menetapkan harga iPhone 4s iaitu 16Gb RM2290, 32GB RM2590 dan 64GRM2890. Jadi peminat iPhone pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya di Celcom di La Bodega, Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur.



Kegilaan terhadap gajet ini telah berjaya mengubah gaya hidup masyarakat di Malaysia apabila rata-rata penduduknya telah mengalami proses globalisasi teknologi, dimana orang yang tidak menggunakan gajet berteknologi akan dipandang serong manakala orang yang berjaya memilikinya akan dianggap hebat. 

Perubahan globalisasi ini telah menyebabkan manusia lebih mementingkan kebendaan dan materialistik dari segi teknologi berbanding membantu insan-insan yang memerlukan dan kesusahan. Globalisasi teknologi juga dianggap telah mengancam dan membunuh kehidupan bersosial manusia kerana manusia tidak lagi akan bertegur sapa di alam nyata tetapi akan lebih menghabiskan masa untuk berkawan di alam maya.    



Proses globalisasi ini telah menyebabkan ada segelintir manusia lebih suka hidup bersendirian, sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi bila berhadapan dengan kehidupan sebenar @ realiti. Teknologi ini juga akan mengancam institusi kekeluargaan kerana anak-anak tidak lagi berkongsi masalah mereka dengan keluarga, sebaliknya meluahkannya di blog, facebook  sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga. 

Jadi seeloknya, manusia berfikir sejauhmana teknologi diperlukan dalam kehidupan seharian. jika ia tidak memudaratkan kesejahteraan negara, keluarga dan diri sendiri, ia tidak akan membawa masalah, teruskanlah mengikut peredaran zaman. 

p/s: teringin juga nak guna iPhone 4s, tetapi rasanya HTC pun sudah memadai, yang penting dapat call dan sms orang tersayang.

Tuesday 13 December 2011

Video Globalisasi

Sustainable Development 


People First





Menurut buku 'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All", proses perubahan visi globalisasi yang utama  ialah mengutamakan penduduk @ orang dimana dengan menghormati maruah dan memberi nilai yang sama kepada setiap orang. Proses ini mestilah lebih inklusif dengan keadilan dan membawa manfaat @ peluang kepada orang ramai dan negara. Proses perubahan visi globalisasi yang dicadangkan dalam buku ini, menekankan dimensi globalisasi dengan mengekalkan nilai-nilai murni & kesejahteraan rakyat dari segi kebebasan, kemakmuran, & keselamatan. Ia juga melibatkan kesaksamaan terhadap golongan lelaki & wanita dalam memperuntukkan peluang pekerjaan, keperluan asas spt air, kesihatan, pendidikan,tempat tinggal, dan persekitaran yang sama. 


Keperluan dalam membentuk dimensi sosial : 

Sumber gambar : Google
  • nilai-nilai sejagat perlu dikongsi bersama, di mana semua rakyat, negeri, organisasi antarabangsa, perniagaan, buruh, sivil,masyarakat dan media bertanggungjawab atas tindakan masing-masing berdasarkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia. 
Sumber gambar : Google
  • satu komitmen antarabangsa  spt  Universal Declaration of Human Rights diperkasakan untuk memastikan segala bahan  asas dan keperluan lain diberikan kepada semua orang secara adil
Sumber gambar : Google
  • untuk memastikan semua rakyat merasai pembangunan yang sama, peluang yang sama rata harus diberikan spt peluang  pekerjaan, kesaksamaan gender, mengurangkan jurang ekonomi di antara negara dan rakyat.
Sumber gambar : Google
  • mewujudkan tadbir urus yang lebih demokratik untuk membolehkan semua penyertaan dilakukan secara saksama.

p/s : hormat-menghormati amalan kita. Respect People  For Who They Are 








Monday 12 December 2011

Perubahan Wawasan


Globalisasi perlu dilakukan secara berperingkat, ia tidak boleh berlaku secara mendadak kerana ia boleh membawa pengaruh dan kesan yang amat besar kepada negara dan penduduk.  jadi sebab itu, di dalam buku  'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All", telah menerangkan mengenai perubahan yang perlu dilakukan bergantung kepada keadaan politik, undang-undang dan institusi atau negara, penduduk dan proses semasa globalisasi. 

Sumber gambar : Google

Semasa terjadinya perubahan wawasan, prosesnya perlu adil terhadap kaum lelaki dan wanita dalam menentukan peluang dan kebolehan untuk meneruskan hidup mereka dalam era globalisasi. Selain itu, mencari proses perubahan wawasan perlulah berdasarkan nilai-nilai universal, menghormati hak asasi manusia & maruah individu, demokrasi yang adil kepada negara & rakyat.

Tetapi, ada juga yang terlepas pandang semasa terjadinya proses perubahan wawasan seperti 

Sumber gambar : Google
  • Ketidakseimbangan ekonomi dan masyarakat -
    • jurang semakin meningkat dalam ekonomi global & tidak formal dalam kalangan masyarakat.
    • manfaat globalisasi tidak diagihkan secara sama rata tidak kira dalam negara atau di negara   lain. 
    • jurang diantara negara miskin dan kaya diperluaskan.
    • negara maju bebas dalam menentukan dasar ekonomi & modal, manakala negara-negara membangun dikekang oleh permintaan daripada negara maju. 
    • keadah& syarat  perdagangan lebih memihak kepada yang  kaya & berkuasa sehingga bebas menindas golongan lemah & miskin, sama ada negara, syarikat atau komuniti.  
  • Ketidakseimbangan di antara ekonomi melemahkan kebertanggungjawaban demokrasi negara.
    • negara kaya semakin berkuasa & negara miskin terus ditindas.
    • negara kaya menguasai pasaran ekonomi & perdagangan manakala negara miskin dikerah menyediakan buruh @ pekerja.

Sumber gambar : Google

Di setiap negara, kebanyakan penduduk menerima proses globalisasi tetapi cuba sedaya upaya untuk mencari perubahan dengan bertukar-tukar pengetahuan & idea serta memberi hak yang sama rata terhadap lelaki dan wanita. Mereka meminta kehidupan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian & memastikan kehidupan serta masa depan anak-anak mereka terjamin. Jadi potensi globalisasi harus dimanfaatkan & digunakan untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.

Sumber gambar : Google

p/s : ada yang menerima perubahan globalisasi, ada yang mengambil sedikit sebanyak, & ada yang tidak mahu berubah langsung. Jadi, di Malaysia, penduduknya berada di kelompok yang mana?.

Friday 9 December 2011

ISU,,,(5)


Harian Metro-09 Disember 2011-Jumaat

Penduduk Malaysia Membelanjakan Purata RM46 Sebulan Untuk Internet Mudah Alih



Kuala Lumpur - Kini, rakyat Malaysia sudah cenderung untuk mengalami perubahan hidup berteknologi mengikut budaya Barat. Mereka membelanjakan purata RM46 sebulan bagi internet mudah alih, perubahan ini sekali ganda lebih daripada tahun lepas dengan pertumbuhan dijana terutamanya oleh pengguna yang berumur 15-25 tahun. 


Kegiatan utama yang berkaitan mudah alih yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah menghantar emel, mengakses laman perangkaian sosial seperti facebook, google+, memuat turun nada dering dan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS), menurut kaji selidik Tahunan Indeks Net 2011 Yahoo.



Kajian ini juga disokong dengan penggunaan telefon bimbit seperti Smartphone, Android, Symbian dalam kalangan pengguna. Rakyat Malaysia kini cenderung memiliki telefon bimbit pintar yang mempunyai fungsi seperti mengakses rangkaian internet, laman web mudah alih dan multimedia.  




Syarikat penyedia perkhidmatan telefon pintar yang menjadi pilihan pengguna ialah DIGI sebanyak 47%, diikuti Maxis, 32% dan Celcom, 8%.




Jenama telefon bimbit juga mempengaruhi penggunaan internet mudah alih dalam kalangan pengguna, di mana pasaran Asia Tenggara, jenama Nokia menjadi pengeluar dominan, tetapi di Malaysia merupakan satu-satunya pasaran yang didominasi oleh Sony Ericson (39%), Nokia (26%), Blackberry & Apple (masing-masing 6%) 
- Sumber Bernama-


p/s : masyarakat sudah mengalami proses globalisasi dalam bidang teknologi. Mudah-mudahan, ia digunakan untuk tujuan yang betul, jangan menyalahkan fungsi teknologi. 

Thursday 8 December 2011

ISU,,,(4)

Hari ini, akan bercerita tentang negara India, inilah dinamakan globalisasi, dunia tanpa sempadan, berita di negara lain dapat disebarkan dengan cepat ke negara lain.

Kosmo, 08 December 2011-Khamis-

India Tangguh Buka Pasar Raya Asing




Sumber : Google

Di New Delhi, Kerajaan India menggantungkan rancangan untuk membuka sektor peruncitan kepada pasar raya asing seperti Wal-Mart, Tesco, Carrefour dan lain-lain. Penggantung ini disebabkan oleh bantahan daripada pemilik dan peniaga kedai kecil-kecilan & anggota Parlimen pembangkang. 



Sumber : Google

Kehadiran pasar raya asing seperti Wal-Mart, Tesco & Carrefour di India akan menyebabkan berlakunya  perubahan evolusi pengguna di India. sektor pasar raya asing itu dianggarkan bernilai AS$470 bilion (RM1.49 trilion) dalam bentuk jualan tahunan dan akan menyebabkan penduduk India beralih kepada ekonomi pengguna gaya barat. Hal ini secara tidak langsung akan membantutkan & menjejaskan keuntungan peniaga kedai kecil-kecilan. 


p/s : bergantunglah kepada pasar raya atau peniaga tempatan, daripada melaburkan duit kepada pasar raya asing. fikirkan sejenak, mana baik & buruk kewujudan pasar raya asing. :x

Tuesday 6 December 2011

Video Globalisasi Kapitalisme

Sumber : YouTube

video menunjukkan bagaimana globalisasi telah mengubah manusia bersifat kapitalis dan lebih materialistik. sebagai contohnya, manusia menjadikan jenama-jenama besar untuk berinteraksi dengan globalisasi, misalnya pemakaian pakaian yang berjenama telah membuktikan kita sudah menerima perubahan daripada negara luar.
Begitu juga dengan kisah kasut. (untuk mengetahui lebih lanjut tontonlah video ini) . 

p/s : sudah terasa diri ini mengalami perubahan globalisasi yang agak ketara. 

Monday 5 December 2011

ISU,,,(3)




Malaysia Menderma US$100,000 Kepada Agensi Bantuan Dan Pekerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA)

Kuala Lumpur - Malaysia Menyumbang US$100,000 (RM 310,220) kepada UNRWA untuk pelarian Palestin. Sumbangan ini sebagai tanda sokongan Negara Malaysia yang menyokong hak-hak rakyat Palestin menuntut menjadi negara merdeka dan bebas. 


Sumber : Google

UNRWA, ditubuhkan dengan bermatlamat untuk menyediakan pendidikan, kesihatan, khidmat sosial dan bantuan kecemasan kepada kira-kira 5 juta pelarian palestin yang berdaftar di Jordan,Lebanon, Syria, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat - Sumber Bernama.

p/s : sangat bersyukur kerana negara Malaysia aman dan damai, moga-moga dijauhi daripada bala, bencana dan malapetaka. 

Sunday 4 December 2011

Globalisasi Yang Adil...

Menurut buku 'A Fair Globalization Creating Oppurtunities For All", globalisasi yang adil sangat perlu untuk semua penduduk merasai dan menikmati kemajuan setiap negara. Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui oleh umum dan negara dalam menjayakan konsep globalisasi yang adil untuk kesejahteraan rakyat. Hal ini kerana tidak semua negara memberi peluang kepada rakyatnya  menikmati kemajuan negara sebaliknya rakyat merasakan tertekan dan ketinggalan akibat proses globalisasi yang berlaku di negara mereka. Jadi menurut buku ini , terdapat berberapa aspek yang dikaji dan dapat dijadikan panduan dalam menjayakan misi mewujudkan globalisasi yang adil untuk memberi peluang kepada semua penduduk menikmatinya. iaitu : 


Sumber gambar : Google
  • Perubahan Wawasan - mencari proses perubahan berdasarkan nilai-nilai universal, menghormati hak asasi manusia & maruah individu, demokrasi yang adil kepada negara & rakyat.
Sumber gambar : Google
  • Gobalisasi dan Impak - kewujudan teknologi baru, dasar negara lebih terbuka hingga tiada sempadan antara negara, hubungan perdagangan yang meluas. Jika diuruskan dengan baik, kekayaan negara dapat ditingkatkan, tetapi adakah semua penduduk menikmati faedahnya. 

Sumber gambar : Google
  • Tadbir Urus dalam Globalisasi - kebanyakan masalah globalisasi yang berlaku  kerana  masalah ketidakcekapan tadbir urus negara dalam menyelesaikannya. Terdapat kebimbingan tentang ketidakadilan  tentang kaedah-kaedah pengurusan kewangan dan perdagangan di negara-negara kaya dan miskin.
Sumber gambar : Google
  • Tindakan untuk Berubah - mencadangkan alat operasi yang baru bagi meningkatkan penyelarasan dasar mengenai isu-isu sensitif seperti ekonomi, sosial,alam sekitar, pelaburan, peluang pekerjaan, kesaksamaan gender, pemerkasaan wanita,pendidikan, kesihatan,keselamatan makanan dan penempatan manusia.
*penjelasan mengenai kesemua aspek ini akan dikupas dalam post yang akan datang.

p/s : sekaya manapun sesebuah negara itu, ia bermula daripada kesusahan rakyatnya dahulu. Moga-moga negara Malaysia tahu menghargai penduduknya. 

Friday 2 December 2011

ISU,,,(2)

41,278 PATI Keluar Dari Malaysia

(kelegaan @ kerugian)



Kuala Lumpur : seramai 41,278 PATI yang terlibat dalam Proses Pemutihan di bawah pelaksanaan Program Penyelesaian Pendatang Tanpa Izin (PATI) telah dihantar pulang ke negara asal mereka. Bilangan PATI yang paling ramai keluar adalah dari negara Indonesia. 

NEGARA (PATI)
BILANGAN(ORANG)
INDONESIA
26,115
INDIA
3,456
MYANMAR
2,008
KEMBOJA
1,361
NEPAL
2,140
BANGLADESH
1691
VIETNAM
1199
FILIPINA
963
SRI LANKA
687
PAKISTAN
901
CHINA
432
LAIN-LAIN
325
JUMLAH
41,278
 sumber : mynewshub.my

PENGANGKUTAN
BILANGAN (ORANG)
UDARA
33,130
LAUT
8,045
LALUAN DARAT
103
JUMLAH
41,278
 sumber : mynewshub.my



Sumber gambar : Google

kepulangan PATI ini mungkin memberikan kelegaan kepada Malaysia khususnya rakyatnya, kerana kebanjiran PATI ini telah banyak mendatangkan masalah sosial, jenayah, persekitaran, alam sekitar dan kekurangan pekerjaan untuk rakyat tempatan. TETAPI, kepulangan PATI ini juga memberikan kerugian kepada Kerajaan kerana sektor utama-utama spt Perindustrian (operator kilang) & Pembinaan (buruh)  & Perkhidmatan (pembantu rumah) amat memerlukan tenaga buruh asing yang ramai dan bayaran upah yang rendah berbanding menggunakan upah tenaga buruh tempatan. 

Jadi Kerajaan harus mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan isu PATI ini agar tidak membawa masalah kepada negara dan rakyat. kerajaan juga harus menaikkan kadar upah tenaga buruh tempatan untuk  menarik minat mereka  mengisi kekosongan kerja yang ditinggalkan oleh PATI. 


p/s : jangan menghina orang yang bergaji rendah, kerana berkemungkinan orang yang bergaji tinggi, terpaksa menjadi hamba & kuli kerana kekurangan tenaga buruh dalam memajukan negara. 

Sunday 20 November 2011

ISU...(1)



Kosmo - 18 November 2011-Jumaat :



Hutang Amerika Syarikat (AS) mencecah RM 47.39 trillion. Obama mungkin antara pemimpin yang berkuasa tetapi apabila negara AS terlibat dalam beban hutang, beliau terpaksa meminta bantuan dan mengerah idea daripada ahli-ahli ekonomi untuk menyelesaikan masalah hutang yang semakin meningkat demi mengembalikan kepercayaan pengundi terhadap beliau. 

George Papadreou menyerahkan tugas Perdana Menteri Greece kepada
Lucas Papademos

Bukan sahaja, AS yang berdepan krisis hutang tetapi ia juga melibatkan negara Eropah yang lain seperti  Greece, yang bertukar Perdana Menteri semata-mata untuk memulihkan ekonomi negara yang hampir muflis. Sebelum ini Greece diterajui oleh George Papandreou tetapi diganti oleh Lucas Papademos ketika hutang negara itu mencecah 350 billion(RM1.48 trillion). Krisis hutang ini juga turut melanda Portugal, Sepanyol, Ireland, Itali dan Britain.

Sumber : Agensi

p/s: agaknya berapa banyak Malaysia berhutang. jadi Malaysia seharusnya berjimat cermat dalam perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran spt negara EU.

Buku dan Laporan



The title of Book :   "A Fair Globalization Creating Opportunities For All"  by World Commission on the Social Dimension of Globalisation, International Labour Organisation (ILO).


"Mencipta Peluang Untuk Semua Melalui Perubahan Gobalisasi Yang Adil"


Presiden Finland Tarja Halonen terlibat dalam penerbitan laporan ini dengan World Commission on the Social Dimension of Globalisation di London pada 24 Februari 2004. Laporan ini bertajuk "A Fair Globalization Creating Opportunities For All". 


ILO Director-General Juan Somavia together with co-chairs President Halonen and President Mkapa.
Photo: Lehtikuva /Reuters.


Laporan ini menekankan tentang keadilan dalam globalisasi dari pelbagai aspek melalui debat dan  pemeriksaan secara mendalam mengenai isu penting seperti globalisasi, mencapai keadilan mengenai penyertaan setiap negara dalam perdagangan, kewangan dan migrasi, mengembangkan kemakmuran di antara negara, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan kawalan keselamatan antarabangsa dan ketidakadilan dalam ekonomi.

Buku ini dijadikan sabagai bahan rujukan dan digunakan untuk mengupas isu-isu globalisasi serta perubahan yang berlaku sepanjang proses pembelajaran saya dalam kursus Globalisasi dan Pembangunan Negara.